. Photo blogging made easy - fotopages.com" /> <img src="http://img186.imageshack.us/img186/9229/boyaavq0.jpg"> - Fotopages.com



Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]



Mail this Foto to a friend



< Previous
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Friday, 25-Jun-2010 12:00




Ini kira penangan Piala Dunia jugalah. Bercuti di Cameron ni sebenarnya sebab tak dapat nak bercuti di Cameroon. Asalkan nama seakan akan sama sudah bolehlah tu. Sebenarnya niat nak ke Cameron ni dah lama terpendam, cuma tidak berkesempatan saja. Sebab itu bila ada peluang nak ke sini sempena cuti sekolah hari tu, memang tak dilepaskan peluang itu. Kira seakan jakun jugalah...heheheh...

Cameron ni siang memang dah tak rasa sejuknya walaupun malam masih boleh tahan. Nak buat macam mana, dah kena penangan pemanasan global. Infact, akhbar hari ini pun ada satu article mengenai kepupusan beberapa tanaman dan hidupan di Cameron ini bahana pemanasan global. Jadi sebelum Cameron panas macam KL atau JB, eloklah merasa dulu kedinginan suasana di sana. Yang pasti, payah nak mandi di sini sebab air sejuk macam baru keluar dari peti sejuk.





Tidak sah rasanya ke Cameron kalau tak ke pusat tanaman teh, kerana di sini memang ada beberapa yang terkenal selain yang kena Boh tu. Selama ini dok minum teh saja sedang tengok pokoknya pun tidak pernah. At least, sekarang bebudak berdua ni ada gak pengalaman mengenai penghasilan teh ni. Tidaklah bila orang tanya 'mana datangnya teh?' dia orang kata kedai. Teringin jugak nak petik daun teh banyak banyak dan bawak balik buat teh. Tapi tak retilah pulak.

Apa yang best singgah kat ladang teh ni...? Apa lagi...duduk lepak dan pekena teh le. Terasa macam mat salleh pula walaupun colour tak macam mat salleh. Makin bertambah tambah macam mat salleh bila siap ada pokok strawberry. Yelah...selama ni tak pernah tengok pokok strawberry...cuma air krim strawberry dan Mirinda Strawberry je...LOL

LOCATION : Cameron Highlands, Pahang



http://www.facebook.com/profile.php?id=1135622623()
http://s06.flagcounter.com/more/GdN()

© Pidgin Technologies Ltd. 2016