. Photo blogging made easy - fotopages.com" /> <img src="http://img186.imageshack.us/img186/9229/boyaavq0.jpg"> - Fotopages.com



Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]



Mail this Foto to a friend



Next >
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Tuesday, 11-May-2010 12:00






Berpinau bijik mata aku. Itulah yang boleh aku katakan bila edit gambar ni semua sebab banyak sangat yang berwarna merah sampaikan pandang sekeliling pun seakan akan nampak merah pada benda lain. Suatu warna yang garang walaupun orangnya tidaklah garang...brutal mungkin...LOL

Merah merah ni semua bukanlah bertujuan nak challenge lembu (walaupun hakikatnya lembu tidak boleh nampak warna) tetapi warna pilihan untuk Konvoi Sinar Harian Melaka/Negeri Sembilan. Rasanya merah adalah jauh lebih baik daripada merah jambu (pink). Tak sanggup den nak pakai kalau pink.

Meriah tu memanglah meriah...itu belum masuk bab havoc dan huru hara lagi. Dah lama rupanya tidak berkonvoi sebegini kerana kali terakhir adalah konvoi Melaka-Cherating anjuran Kelab Media Massa Melaka sekitar tahun 2002. Walaupun hakikatnya memang amat meletihkan, namun kemeriahannya jelas mengatasi segala.







Berkonvoi ni best sebab terasa diri jadi VIP sejenak. Siap diescort outrider...traffic light tak payah berhenti. Orang lain pula yang kena ke tepi dan beri laluan. Kalau nak pecut over speed limit pun tak ada yang akan kacau. Memang sesuailah untuk mereka yang bergelar 'speed demon.'

Walaupun jarak perjalanan hanya meliputi Negeri Sembilan dan Melaka, namun jarak keseluruhan rasanya jauh juga. Tak sempat la pula nak setting trip meter dalam kereta masa mula. Tapi kalau dah cover dua hari mestilah jauh jugak jarak keseluruhan tu. Kepenatan membawa kereta tu tak payah cerita lagilah. Bukan setakat letih, pungkok pun boleh rasa kematu terus kalau dah duduk lama lama ni.







Dari Seremban terus ke Lenggeng sebelum ke Jelebu, Jempol dan Kuala Pilah dan berakhir di Port Dickson untuk hari pertama. Bermacam aktiviti bersama penduduk setempat diadakan di setiap tempat persinggahan. Tapi rasanya aktiviti yang paling menyeronokkan adalah semasa di Jempol...aktiviti makan tengahari...LOL

Kalau dah di NS, tidak sahlah kalau tak pekena lomak cili api. Kena pula kalau daging salai masak lomak cili api. Memang dah tak peduli dah apa yang berlaku. Kena pula kalau nasi dah dibanjirkan dengan kuah lomak. Berasap mulut dan telinga kerana kepedasan pun dah tak kisah. Peluang tak boleh dilepaskan. Mana lagi nak cari lomak cili api yang berapi macam ni.







Hari kedua masuk Melaka pula. Balik semula ke gelanggang sendiri (macam nak main bola pula). Persinggahan pertama di Melaka adalah di Homestay Air Limau, Alor Gajah...bukan untuk tengok gajah sebab kalau nak tengok gajah sekalipun, memang tiada gajah di sini.

Sambutan macam untuk orang berkahwin pula. Siap dengan kompang. Nasib baik juga tak disediakan pelamin sekali. Siap ada demo membuat kuih tradisional seperti baulu lagi. Demo membuat kuih ni tak best sangatlah tapi kalau demo makan kuih, anytime on saja.






Dari Alor Gajah terus ke Ayer Keroh, Telok Mas, Ayer Molek, Kampung Batu Gajah (atau Elephant Stone untuk orang London) dan berakhir di Parit Penghulu, Sungai Rambai (nasib baik tak terlajak masuk daerah Muar. Kalau tak, balik kampung le jawabnya).

Walaupun terasa cukup letih sampai jalan pun dah macam orang mabuk todi, namun pengalaman ini merupakan suatu yang menyeronokkan. Tak boleh jadi ni, kalau ada peluang nak sertai lagilah konvoi. Mungkin konvoi Melaka-Bangkok pulak kot...:-d

Apa yang bermula dengan makan makan (di Allson Klana Seremban) turut berakhir dengan makan makan di Sungai Rambai. Makan aje. Manalah tak naik darah aku...

LOCATIONS : Seremban, Lenggeng, Jelebu, Jempol (NS), Air Limau, Telok Mas & Sungai Rambai (Melaka)




http://www.facebook.com/profile.php?id=1135622623()
http://s06.flagcounter.com/more/GdN()

© Pidgin Technologies Ltd. 2016