. Photo blogging made easy - fotopages.com" /> <img src="http://img186.imageshack.us/img186/9229/boyaavq0.jpg"> - Fotopages.com



Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]



Mail this Foto to a friend



< Previous
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Wednesday, 28-Apr-2010 12:00





Dalam perjalanan pulang dari Borobudur, kita singgah pula di Merapi, iaitu sebuah gunung berapi yang masih aktif. Walaupun ianya sebuah gunung berapi yang masih aktif, namun terdapat penempatan di sepanjang lereng gunung ini dan perjalanan ke tahap 1,700 meter akan memberikan gambaran bagaimana keadaan tanah gunung berapi yang subur itu digunakan sepenuhnya oleh penduduk setempat.

Keadaan cuaca pun terasa menjadi semakin dingin apabila tiba ke tahap 1,700 meter, di mana gabungan antara kabus dan asap yang dikeluarkan dari gunung berapi ini menjadikan pemandangan ala Genting Highlands pada waktu awal pagi. Sebenarnya ketinggian gunung ini adalah jauh lebih tinggi dari 1,700...cuma tak sanggup nak naik saja. Lagipun atas faktor keselamatan memandangkan sulfur yang dikeluarkan kawah gunung berapi boleh membunuh dalam masa yang singkat.

Mendaki gunung ini adalah agak susah kerana keadaan tanah yang agak lembut di sekitar pertengahan gunung. Mungkin kerana aktiviti gunung berapi yang membuatkan tanah agak longgar dan merbahayakan. Silap langkah memang akan tersungkur.

Kali terakhir Merapi meletus adalah pada tahun 2006, yang turut disertai dengan gempa kuat di Yogyakarta. Lihat sahaja sekeliling pasti akan nampak kesan letusan ini di mana terdapat rumah-rumah yang separuh terbenam dalam tanah (aliran lava) yang masih dibiarkan berdiri sebagai peringatan. Bagi kita yang tidak pernah mengalami insiden letusan sebegini, kita cuma boleh bayangkan macam mana keadaan masa itu. Mesti menakutkan dan mengemparkan (juga satu peluang baik untuk ambil gambar kalau ada yang berani...!).

Ini memang satu pengalaman yang cukup mengujakan...walaupun masa sampai tak ada letusan atau aliran lava, yang ada menunjukkan gunung ini masih aktif hanyalah asap yang keluar dari kawahnya.

LOCATION : Mount Merapi, Yogyakarta





http://www.facebook.com/profile.php?id=1135622623()
http://s06.flagcounter.com/more/GdN()

© Pidgin Technologies Ltd. 2016