. Photo blogging made easy - fotopages.com" /> <img src="http://img186.imageshack.us/img186/9229/boyaavq0.jpg"> - Fotopages.com



Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]



Mail this Foto to a friend



< Previous

Next >
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Thursday, 11-Mar-2010 12:00
Kabare Kang V6.0





Dari sebuah tapak warisan dunia UNESCO (Melaka) ke satu lagi tapak warisan dunia UNESCO. Inilah dia Borobudur yang sering disebut-sebut dan dikaitkan dengan sejarah warisan Yogyakarta. Rasanya inilah juga entry yang ditunggu oleh ramai member-member di luar sana yang telah beberapa kali menanyakan mengenai Borobudur ni.

Kira tercapai jugalah impian nak menjejakkan kaki di Borobudur ini kerana selama ini Borobudur dan Angkor Wat merupakan dua tapak warisan dunia yang memang saya ingin sangat tengok dengan mata sendiri. Angkor Wat dah sampai tahun lepas...so kali ini giliran Borobudur pula. Selepas ini kenalah cari tapak warisan dunia yang lain pula. Siapa tahu...mungkin Tembok Besar Cina atau Taj Mahal...:-d

Borobudur merupakan sebuah candi Buddha yang dibina sekitar kurun kesembilan. Bagaimanapun, ianya dipercayai mula mundur pada kurun ke-14 berikutan kejatuhan kerajaan Buddha dan Hindu di Jawa akibat ketibaan Islam. Kewujudan candi ini mula diketahui dunia pada tahun 1814 berikutan usaha Sir Thomas Stamford Raffles (yup...Raffles yang ada kaitan dengan Singapore tu.)






Kalau time ke Angkor Wat dulu, lidah terjelir juga sebab kena berjalan jauh, di sini pun tiada bezanya kerana untuk sampai ke puncah Borobudur, kena panjat tangga yang beratus. Kira macam nak naik Batu Caves jugalah tu. Dengan keadaan cuaca yang panas, memang terasa penat betul. Tapi puas hatilah walaupun letih.

Sebagai first entry, kira okaylah ni dulu. Ada lagi banyak gambar Borobudur yang akan saya uploadkan nanti. Slow and steady. So buat masa ni, layan je yang tidak seberapa ini...:-d

LOCATION : Borobudur, Yogyakarta




http://www.facebook.com/profile.php?id=1135622623()
http://s06.flagcounter.com/more/GdN()

© Pidgin Technologies Ltd. 2016