. Photo blogging made easy - fotopages.com" /> <img src="http://img186.imageshack.us/img186/9229/boyaavq0.jpg"> - Fotopages.com



Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]



Mail this Foto to a friend



Next >
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Friday, 21-Aug-2009 12:00
Land Of The White Elephant V11.0





Kira lama jugaklah tak berupdate FP ni. Sekarang nak update dua tiga kali seminggu pun adakalanya menghadapi masalah. Yelah...macam macam nak buat kan. Tapi kiranya seminggu sekali pun masih okay lagi kot. Tak de la sampai bersawang FP ni...:-d

Okay...kita sambung semula dengan edisi Thailand setelah sekian lama terbengkalai. Jangan risau...masih ada lagi beberapa edisi untuk diuploadkan sebelum ini sebelum boleh tutup kedai. Biasalah, kalau sudah trip keluar negara mesti akan berpuluh edisi punyanya macam yang sudah sudah. Buat bekalan sebab dalam keadaan sekarang ni nak keluar negara pun kena fikir dua tiga kali. Dua tiga kali je sebab kalau nak difikirkan lebih, mesti akan keluar juga punya. Mana taknya, mana mana tengah offer bagus punya. Maklumlah, tourism market tengah slow sekarang, so hotel dan macam macam tengah bagi offer bagus nak tarik orang.

Sebenarnya kalau nak berjalan, H1N1 ke tidak tak kira punya. Jalan je. Kalau nak dikira sangat, alamatnya nak keluar rumah pun tak boleh. Kenalah ambil langkah pencegahan. Samalah macam naik kereta. Apakah kerana selalu accident atas jalanraya maka kita pun nak buat keputusan tak nak naik kereta lagi? Yang penting, lakukan apa yang patut dan serahkan selebihnya kepada Yang Esa.






Berbalik kepada Thailand, kali ini kita singgah di Ratchaburi pula, iaitu sebuah pekan yang terletak kira-kira 80km ke barat Bangkok. Di sinilah terletaknya pasar terapung yang sudah menjadi icon untuk Thailand. Untuk makluman, gambar pasar terapung yang selalu dok tengok tu bukan di Bangkok tapi di sini. Dari jeti bot, perjalanan mengambil masa kira-kira 20 minit untuk tiba di pasar terapung ini.

Memang cukup meriah pasar ini. Kira macam jakunlah juga tengok sebab selama ini dok tengok gambar je, sekarang dah depan mata. Non-stoplah ambil gambar sini sana. Kalau dilihat pada gambar, memang macam macam ada di sini. Kalau kita ke pasar malam di Malaysia, baru jalan sikit mesti sudah terlanggar orang. Tapi di sini kagum juga tengok dia orang boleh bawa bot di terusan yang sesak tanpa berlaga...:-d

Rasanya kalau kita berniaga atas bot di Sungai Klang ke, Sungai Melaka ke, jadi popular tak kita...? Mungkin popular sebab akan ada yang anggap kita sebagai mengalami 'fius terbakar.'

LOCATION : Ratchaburi, Thailand





http://www.facebook.com/profile.php?id=1135622623()

© Pidgin Technologies Ltd. 2016