. Photo blogging made easy - fotopages.com" /> <img src="http://img186.imageshack.us/img186/9229/boyaavq0.jpg"> - Fotopages.com



Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]



Mail this Foto to a friend



< Previous
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Thursday, 18-Jun-2009 15:46
Land Of The White Elephant V2.0




Siapa ingat belajar pasal Chao Phraya masa geografi (atau zaman saya dipanggil Ilmu Alam...alam ghaib kot...) semasa kat sekolah dulu...? Mesti ramai yang ingat sebab tak sah belajar geografi kalau tak belajar mengenai Chao Phraya (dan juga Mekong). Ingat lagi delta Chao Phraya dikatakan kawasan yang paling subur dan sering dikaitkan dengan penanaman padi. Itu zaman sekolah dulu lah...:-d

Sekarang zaman sekolah sudah lama berlalu dan kita tak belajar lagi pasal Chao Phraya tetapi melawat Chao Phraya, sungai yang walaupun terpanjang di Asia Tenggara masih kalah dengan Sungai Nil dan Amazon.

Kira teruja jugalah bila tengok sungai ni buat pertama kalinya depan mata. Tengok kat 'ground level' ni memang lebih mengujakan daripada tengok masa di udara. Memang nampak besar bebenor sungai ni. Yang menariknya kapal kapal masih boleh mudik jauh ke hulu. Cuba buat macam tu di Sungai Kelang...mahu tersangkut kapal.





Sungai ini dikira sebagai 'live line' kepada penduduk di sini kerana masih ramai yang bergantung pada sungai ini. Bab bot pelancong tu tak payah kiralah sebab itu memang sudah menjadi satu produk pelancongan. Banyak rumah-rumah yang terletak di tepi sungai dan saya perasan, setiap rumah pasti ada bot mereka sendiri. Ini bermaksud mereka mesti bergantung pada sungai ini sebagaimana kita bergantung pada highway kita.

Naik speed boat kat sungai ni memang menarik kerana berbeza dengan bot di Sungai Melaka, yang ini memang speed habis. Speed demon katakan. Cuma mereka yang takut, dinasihatkan jangan mencuba kerana jarak antara bahagian atas bot dengan air memang tidak jauh. Lagi satu sebab speednya, bahagian depan mesti terangkat punyalah...kena pula kalau selisih dengan boat yang lagi laju. Tapi itulah yang seronoknya. Yang penting, duduk diam diam dan jangan banyak bergerak. Yang pakai rambut palsu tu...silap haribulan rambut akan bermastautin dalam sungai...LOL LOL

Tak dapat naik gondola di Venice, dapat naik speed boat di Chao Phraya pun jadilah...




http://www.facebook.com/profile.php?id=1135622623()

© Pidgin Technologies Ltd. 2016