. Photo blogging made easy - fotopages.com" /> <img src="http://img186.imageshack.us/img186/9229/boyaavq0.jpg"> - Fotopages.com



Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]



Mail this Foto to a friend



< Previous
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Monday, 1-Jun-2009 12:00
Jom Berpesta




Cuti sekolah tiba lagi dan sebagaimana biasa, ramailah ibubapa yang akan pening kepala sebab rumah akan bertukar menjadi 'zon perang' bila bebudak berada di rumah sepanjang hari. Itu belum mengambil kira rumah yang sentiasa bersepah walaupun sudah berpuluh kali dikemas. Rasanya inilah senario yang biasa dihadapi setiap kali tibanya cuti sekolah. Kira okaylah sebab tak lama sangat cuti ni...:-d

Suatu yang menarik bila cuti sekolah ni adalah keadaan jalan yang secara automatiknya menjadi tidak begitu sesak sebagaimana biasa...macamlah bebudak sekolah bawa kereta ke sekolah pula. Sekurang-kurangnya adalah juga sesuatu yang menceriakan. Tapi berbeza pula keadaannya di Melaka ni. Asal cuti sekolah saja maka akan meningkatlah tahap ketensionan bila bawa kereta. Sana sini sesak dengan orang yang datang bercuti. Rasa macam nak lari keluar dari Melaka saja bila tiba time cuti macam ni.





Bercakap tentang Melaka, sesiapa yang planning nak ke Melaka sepanjang cuti sekolah ini kira menarik jugalah sebab ada macam macam aktiviti yang diadakan. Kalau nak pinjam motto Astro...macam macam ada, termasuklah orang yang sentiasa pening kepala memikirkan macam mana nak atasi kesesakan yang melanda.

Yang ini adalah majlis perasmian Pesta Sungai Melaka malam minggu lalu. Dengan suasana malam yang panas dan orang yang bersesak-sesak, memang tak payah ceritalah macam mana berpeluhnya malam itu. Silap haribulan mesti ada yang menyangkakan terjatuh dalam sungai sebab basah sangat. Itu baru betul punya Pesta Sungai Melaka. Apapun, night shot memang antara kelemahan saya, especially kalau dah dalam keadaan yang macam ni, termasuklah percubaan gambar bunga api tu.

LOCATION : Dataran Sungai Melaka



http://www.facebook.com/profile.php?id=1135622623()

© Pidgin Technologies Ltd. 2016