. Photo blogging made easy - fotopages.com" /> <img src="http://img186.imageshack.us/img186/9229/boyaavq0.jpg"> - Fotopages.com



Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]



Mail this Foto to a friend



Next >
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Monday, 25-May-2009 12:00
Gempur Wira


A4 Skyhawk

De Havilland DHC-4 Caribou a.k.a Keranda Terbang...

Aérospatiale Alouette

“Those who do not learn from history are doomed to repeat it." - George Santayana (Poet)

Minggu ni kita jalan jalan ke Port Dickson pula. Saja habiskan weekend di sana bersama keluarga selain merehatkan minda...:-d

Kali ini tak ada gambar sunset di Port Dickson kerana kali ini tumpuan berbeza. Okaylah, dapatlah juga relax dan bersantai walaupun hotel langsung tidak memenuhi citarasa. Kira kes hampeh punya hotel la tu walaupun nama punya glamour semacam.

Muzium Tentera Darat ni memang merupakan satu tempat yang sudah lama nak dilawati tapi tidak berkesempatan sehinggalah kali ini. Memang banyak yang membuka mata di muzium ini. Yang paling best kerana inilah antara perkara yang 'close to my heart'. Maklumlah, 10 tahun handle Defence Desk...:-d. So kira refresh balik knowledge dalam benda ini.







Dalam banyak aspek, benda benda sebegini memang baik untuk didedahkan kepada golongan muda supaya mereka tidak akan lupa segala jasa dan pengorbanan yang dicurahkan untuk mempertahankan negara. Sekiranya hendak disebut satu per satu jasa dan pengorbanan yang pernah dicurahkan, rasanya sampai pagi esok pun belum tentu akan selesai dilakukan.

Yang pastinya, kita tidak perlu menjadi seorang pahlawan untuk mempertahankan maruah negara. Banyak cara yang boleh kita lakukan, dan salah satunya bukannya dengan perangai seperti sesetengah golongan yang seolah-olah nak menjual negara sendiri. Apa guna bernama Melayu kalau sanggup memperjudikan negeri dan negara semata mata kerana hendak mencapai agenda sendiri...ataupun menjadi 'sore loser' yang tidak boleh menerima keputusan mahkamah...

LOCATION : Muzium Tentera Darat, Port Dickson




http://www.facebook.com/profile.php?id=1135622623()

© Pidgin Technologies Ltd. 2016