. Photo blogging made easy - fotopages.com" /> <img src="http://img186.imageshack.us/img186/9229/boyaavq0.jpg"> - Fotopages.com



Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]



Mail this Foto to a friend



Next >
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Wednesday, 29-Apr-2009 12:00
The Khmer Trail V28.0



Beberapa komen yang saya terima untuk http://ambig.fotopages.com/?entry=1842595( entry saya yang lepas ) membuat saya terfikir untuk uploadkan gambar gambar ini. Memang benar bila antara yang komen mengatakan kita di Malaysia ini adalah jauh lebih beruntung daripada mereka di Cambodia.

Sehingga hari ini, Cambodia masih tersenarai sebagai salah sebuah daripada 50 negara paling miskin di dunia. Di sini, jurang antara yang kaya dan yang miskin memang amat ketara sekali. Kegiatan ekonomi utama mereka iaitu pertanian masih dijalankan secara tradisional, yang mana tidak dapat menyumbang kepada perkembangan ekonomi. Hanya pelancongan yang menjadi punca pendapatan utama negara tersebut. Bagaimanapun, semakin banyak pelabur yang membuka industri di negara tersebut dalam tempoh dua tahun lalu. Tetapi krisis ekonomi global kini mungkin akan membantutkan pembangunan negara tersebut.

Salah satu punca yang dikatakan menjadi sebab mengapa negara ini menjadi miskin adalah kerana di kawasan IndoChina inilah tiga perang telah berlaku dalam masa tiga dekad! Walaupun sebuah negara miskin, namum Cambodia tidak miskin sejarah dan warisan budayanya. Itulah yang ironik mengenai negara ini.

Dalam banyak hal, kita memang bertuah kerana dilahirkan di bumi Malaysia. Cuma kadang terkilan juga bila melihat ada segelintir manusia yang bertindak seolah olah tidak menghargai apa yang kita ada. Sampaikan ada yang sanggup 'menjual' nama negara di luar negara semata mata kerana mengejar kepentingan sendiri. Kita tidak lama di dunia ini, jadi fikirkanlah, negara bagaimanakah yang akan kita tinggalkan untuk anak cucu kita. Apakah sebuah negara yang aman, makmur dan kaya raya...? Atau apakah sebuah negara seperti mana gambar di atas...?



http://www.facebook.com/profile.php?id=1135622623()

© Pidgin Technologies Ltd. 2016