. Photo blogging made easy - fotopages.com" /> <img src="http://img186.imageshack.us/img186/9229/boyaavq0.jpg"> - Fotopages.com



Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]



Mail this Foto to a friend



Next >
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Monday, 13-Apr-2009 12:00
The Khmer Trail V25.0

Semua Dok Tunggu Sunset...

Mana Nak Cari Tempat Duduk Ni...

Kena Panjat Lagi...

Trip sehari ke Angkor Wat dan kawasan-kawasan sekitarnya sudah semakin menghampiri penghujungnya. Namun, tidak lengkap lawatan ke sini kalau tidak ke Phnom (Bukit) Bakheng untuk menyaksikan sunset. Kawasan puncak bukit ini, yang turut mempunyai sebuah lagi candi, memang terkenal sebagai tempat menyaksikan matahari terbenam di kalangan pengunjung.

Untuk sampai ke puncak bukit ini, kalau pada hari biasa mungkin tidak begitu menyukarkan. Tetapi setelah berjalan seharian, untuk menapak naik pun dirasakan satu usaha yang cukup memenatkan. Ianya mengambil masa kira-kira 15 minit untuk trek ke atas. Dengan kaki yang dah penat dan lenguh sambil membawa beg kamera memang merupakan suatu yang cukup memenatkan. Cuma my son yang sanggup menemankan ke atas sebab yang lain sudah kepenatan dan menunggu di bawah saja...:-p

Walaupun tahu tempat ini sering menjadi tumpuan pelancong untuk menyaksikan matahari terbenam namun saya tidak menjangkakan seramai itu. Memang cukup ramai sekali. Malahan hampir kesemua tempat di sekeliling kuil yang mengadap ke sebelah barat telah dipenuhi dengan orang yang menunggu jauh lebih awal. Ini ditambah pula dengan terpaksa menaiki tangga yang curam dengan orang yang ramai dan bertolak-tolakkan. Nasib baiklah tiada yang menjadi bahan ujikaji teori graviti Isaac Newton masa sedang tolak-menolak ini.

Akhirnya, suka atau tidak, tak dapat juga nak tengok apatah lagi nak ambil gambar sunset sebab dah tak ada langsung 'port' yang sesuai. Kiciwa seketika. Okay jugalah sebab dapat juga menjejakkan kaki ke atas ni walaupun selepas itu terpaksa urut kaki masa di hotel...LOL

LOCATION : Phnom Bakheng, Cambodia


Muka Tension...


http://www.facebook.com/profile.php?id=1135622623()

© Pidgin Technologies Ltd. 2016