. Photo blogging made easy - fotopages.com" /> <img src="http://img186.imageshack.us/img186/9229/boyaavq0.jpg"> - Fotopages.com



Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]



Mail this Foto to a friend



Next >
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Thursday, 26-Mar-2009 12:00
The Khmer Trail V22.0


Perhatikan Ukiran Pada Dinding Tu...

Ukiran Sepanjang Dinding Yang Menceritakan Mengenai Raja Mereka

Kita sambung pasal Angkor Wat ni.

Sesuatu yang cukup menarik mengenai Angkor Wat ini adalah orientasinya yang mengadap ke sebelah barat. Memandangkan mengikut kepercayaan, barat sering dikaitkan dengan kematian, maka ramai yang membuat kesimpulan bahawa Angkor Wat ini berfungsi sebagai sebuah makam. Ini disokong oleh ukiran-ukiran (masing masing dengan cerita tersendiri) 'dibaca' dalam arah lawan jam, suatu yang ada persamaan dengan upacara akhir ketika berlakunya kematian. Oleh itu, ramai yang hari ini menganggap Angkor Wat berfungsi sebagai sebuah candi dan juga sebuah makam.

Untuk yang bertanya mengenai bahagian atas Angkor Wat ini...sebenarnya saya sendiri pun ingin naik sampai ke atas sebab dari apa yang saya baca dan tonton, memang pelawat dibenarkan naik. Tapi nasib tidak menyebelahi kerana masa saya ke sana, bahagian bahagian atas telah ditutup kepada pelawat. Mengikut ceritanya, ada pelawat Jepun yang terjatuh dari atas dan terus 'goal'. Untuk mengelakkan kejadian serupa berulang maka dia orang pun tutup bahagian atas. Memang tidak terkejut dengan cerita itu sebab setiap anak tangga itu memang tidak cukup lebar untuk menampuk tapak kaki...nak selamat kena jalan menyerong. Cuma ada beberapa bahagian yang dibuatkan tangga kayu untuk memudahkan orang naik. Yang tak ada tangga kayu, janganlah harap nak dapat naik.

Kecewa tu tak payahlah nak cerita sebab memang dari mula lagi sudah memasang impian nak naik sampai ke atas. Simboliknya bahagian atas tu? Sepanjang dinding Angkor Wat terdapat pelbagai ukiran termasuk ukiran mengenai cara kehidupan yang seharusnya diikuti oleh penganut mereka. Untuk menghabiskan semuanya akan mengambil masa yang panjang serta penat berjalan. Penghujungnya adalah bahagian atas wat yang terbuka luas dengan pemandangan langit dan persekitaran. Maksudnya? Mereka yang ikut semua nasihat dalam ukiran itu, walaupun tempoh perjalanannya jauh dan susah, mereka akan akhirnya sampai tahap 'nirvana'. Itulah kepercayaan mereka.

Oh...ada satu yang saya terlupa nak cakap. Pembinaan Angkor Wat ini dikatakan menggunakan lebih 50,000 pekerja termasuk tukang ukir dan hamba, dan ianya mengambil masa lebih 40 tahun untuk disiapkan...:-d




Bandingkan Dengan Orang & Gambarkan Bagaimana Tingginya Binaan Ini...


Sebenarnya ada lagi cara menarik untuk melihat Angkor Wat ni kerana selain berjalan seperti ini pelawat boleh juga naik hot air balloon atau menyewa helikopter untuk pemandangan dari atas. Tapi harganya...tak payahlah cerita...:-d. Untuk perbandingan, kita orang menghabiskan lebih kurang 2 jam ke 2 jam setengah untuk pusing Angkor Wat ini...itupun tidak masih ada bahagian yang terlepas.

Dan yang ini pula untuk sahabat sahabat yang sedang berjuang di PWTC...

"Tabik tuan saya terima
Tabik balas tabik semula
orang tua tu orang lama
kalau tua tu tetap tua
kita sebangsa satu agama
sama-sama menangis, sama-sama ketawa
hiduplah UMNO selama-lamanya
parti itu bukankah kita punya
kita junjunglah di mana-mana
selagi hayatnya masih ada
kalau masanya sudah tiba
UMNO hilang tinggal bendera
pandai-pandailah nanti kita
bawak diri ke tempat lain pula
kita dah berusaha sedaya upaya
kalau nak hanyut juga apa nak kata
terimalah hakikat Melayu hilang kuasa..."




http://www.facebook.com/profile.php?id=1135622623()

© Pidgin Technologies Ltd. 2016