. Photo blogging made easy - fotopages.com" /> <img src="http://img186.imageshack.us/img186/9229/boyaavq0.jpg"> - Fotopages.com



Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]



Mail this Foto to a friend



< Previous
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Thursday, 19-Mar-2009 12:00
The Khmer Trail V20.0





Sebelum saya teruskan dengan coretan ini, sekadar nak ucapkan tahniah pada http://fotoizzo.fotopages.com( Izzo ) kerana sebelum saya upload lagi entry yang ini beliau dah dapat teka nama restoran ni. Restoran Dwau di Siem Reap. Cuma bezanya masa saya makan tak ada lagu Cindai seperti masa dia tengah makan...:-d

Masa ini dah masuk time lunch dah. Kaki pun dah lenguh semacam sebab asyik berjalan sekitar kawasan Angkor sejak dari pagi, walaupun Angkor Wat belum pergi lagi. Peluh pun entah dah berapa liter hilang. Rasanya time ni kambing pun mesti lagi wangi...LOL

Bila perut dah lapar, aktiviti yang paling menarik dan afdal adalah operasi memenuhkan tembolok. Maka bertambah kejakunan apabila nampak ada restoran Malaysia, siap dengan makanan Malaysia lagi. Boleh siap berfikir, kat mana sebenarnya aku ni...?







Menurut keratan akhbar Berita Harian yang ditampal di restoran itu, restoran D'Wau ini merupakan sebuah restoran yang diusahakan seorang anak Melayu Malaysia setelah mendapati agak sukar bagi orang Malaysia mencari makanan yang halal di sana. Nampaknya berjaya juga restoran ini kerana biasanya kalau orang Malaysia ke Siem Reap mesti akan singgah di sini.. Cuma yang tahan, macam tempat tempat lain di Cambodia, harga di sini juga ikut US$.

Makanan pun sedap juga walaupun sekali lagi nasi di sini ada bau dan rasa funny tu. Kopi tak tahulah sebab dah tak berani order kopi selepas pengalaman lalu di Phnom Penh membabitkan rasa kopi yang sekali lagi...funny. Mungkin itulah kita...sudah mewah dengan serba serbi di Malaysia sehinggakan sikit tak kena pun dah complain sedangkan ramai lagi rakyat Cambodia yang langsung tidak berpeluang menikmati apa yang kita nikmati.





http://www.facebook.com/profile.php?id=1135622623()

UP NEXT : Yang Dinanti Nantikan...

© Pidgin Technologies Ltd. 2016