. Photo blogging made easy - fotopages.com" /> <img src="http://img186.imageshack.us/img186/9229/boyaavq0.jpg"> - Fotopages.com



Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]



Mail this Foto to a friend



< Previous
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Tuesday, 10-Mar-2009 12:49
The Khmer Trail V18.0

Muka Tu Lagi...



Kita teruskan lagi pengembaraan kita. Kali ini kita bergerak pula ke Ta Prohm, iaitu satu lagi peninggalan yang cukup popular di kawasan ini. Mungkin ada yang merasakan macam pernah melihat tempat ini sebelum ini. Sebenarnya selain Angkor Wat, Ta Prohm ini juga merupakan satu yang popular. Ini ditambah pula ia pernah digunakan sebagai lokasi pengambaran filem http://www.imdb.com/title/tt0146316( Lara Croft : Tomb Raider. )

Sebenarnya bila sampai ke sini, kaki memang sudah letih sangat sebab dah banyak tempat yang dilawati dan jalan pun boleh tahan banyak. Sampai di sini pun belum tengahari lagi. Untuk sampai ke Ta Prohm ni kenalah berjalan sikit sebab ianya terletak di dalam kawasan hutan...well, bukanlah hutan dalam erti kata sebenar sebab tempat tu dah dibersihkan. Ianya memang hutan dulu sebab selepas ditinggalkan, kawasan ini telah ditumbuhi dengan hutan dan telah menjadi sebahagian daripada hutan di sini.





Lihat saja gambar yang memaparkan akar pokok yang melilit tembok bangunan ini. Banyak kawasan dalam bangunan ini tidak dapat dimasuki kerana banyak bahagian yang sudah roboh akibat cengkaman kuat akar pokok ini. Kerana pokok yang tumbuh di atas bangunan ini, banyak juga bilik dan lorong lorong kecil di dalam bangunan ini tidak dapat dimasuki.

Kewujudan pokok pokok inilah yang membuatkan Ta Prohm unik dan lain daripada peninggalan yang lain. Kalau orang mengatakan kerajaan Khmer itu satu empayar yang kuat sehingga mampu membina binaan yang sebesar ini, maka pokok adalah jauh lebih kuat kerana hanya dengan lilitan akarnya, bangunan sebesar ini pun boleh tumbang.




Salah Satu Lorong Dalam Bangunan Ini...

Untuk makluman, Ta Prohm ini telah dibina sekitar 1186. Ia merupakan sebuah candi Buddha yang didedikasikan oleh Raja Jayavarman VII kepada ibunya. Sebagaimana binaan lain di kawasan ini, yang ini juga telah dibina menggunakan batu batu yang cukup besar, lengkap dengan pelbagai ukirannya. Selain itu, lorong lorong yang sempit dan gelap di dalamnya juga merupakan antara yang menarik...yang lemah semangat dan takut kelawar dinasihatkan jangan mencuba...:-d.

LOCATION : Ta Prohm, Siem Reap, Cambodia



http://www.facebook.com/profile.php?id=1135622623()

UP NEXT : Masih Di Ta Prohm...

© Pidgin Technologies Ltd. 2016