. Photo blogging made easy - fotopages.com" /> <img src="http://img186.imageshack.us/img186/9229/boyaavq0.jpg"> - Fotopages.com



Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]



Mail this Foto to a friend



< Previous
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Friday, 15-Feb-2008 12:00
Bali Hai - My Travel Journal V14.0 (Edisi Bila Nak Habis Daaaaa)



Okay. Kita sambung lagi dengan Tanah Lot ni. Untuk mereka yang bertanya, belum, saya belum membeli sebarang lot tanah di sini. Saya rasa parking lot itu lagi penting dari lot tanah kerana parking lot tu la yang paling susah nak cari, lebih lebih lagi semasa peak period.

Kalau entry yang lepas kita bercerita pasal shopping, maka kali ini kita beralih topik pula. Walaupun ramai yang mengemari bab shopping ni, rasanya tak bolehlah asyik nak bershopping saja, lebih lebih lagi kalau tempat tu ada banyak benda menarik yang nak ditengok. So sementara yang pakar menyopping tu sibuk menyoppingkan diri maka kita yang tidak pakar menyoppingkan diri kenalah menyibukkan diri dengan benda yang lain pula. Kalau bab menyibukkan diri ni memang tak akan menjadi masalah. Ada saja yang boleh disibukkan. Susah susah jadi busy body pun dah boleh ditakrifkan sebagai menyibuk. Tak gitu? :-D



Sebagaimana yang telah saya katakan dalam entry yang lepas, kawasan Tanah Lot ni memang menarik persekitarannya. Walaupun di sini tiada kawasan tebing tinggi seperti di http://ambig.fotopages.com/?entry=1408368( Uluwatu), namun pemandangan pesisir pantainya adalah cukup menarik dan breathtaking.

Di kawasan inilah anda boleh saksikan sendiri bagaimana hempasan ombak selama ribuan, mungkin juga jutaan, tahun mampu memotong tebing batu yang keras sehingga menjadi seperti satu ‘work of art.’ Garis garis pada batu di tepi pantai bagaikan menceritakan bagaikan ombak ini telah berjaya mengikis sedikit demi sedikit batu yang keras sehingga membentuk apa yang kita lihat pada hari ini. Itu belum lagi beberapa buah gua yang terdapat di sini, yang pastinya turut terhasil dari ombak yang menghempas. Bayangkanlah, bagaimana benda yang lembut macam air boleh berbuat demikian kepada batu yang keras.



Sebagaimana di Kuta dan banyak lagi pantai di Bali, ombak di sini memang cukup kuat. Kalau nak surfing memang sudah tentu boleh. Cuma di sini bahaya kerana kemungkinan dihempas ombak ke batu adalah cukup tinggi sekali. Kawasan pantai yang berbatu di sini mungkin merupakan satu sebab mengapa pantai di sini tidak sepopular Kuta yang sememangnya menjadi kegilaan orang Barat.

Selain pesekitarannya yang indah, satu lagi tarikan di sini adalah Pura Tanah Lot. Pura ini yang dibina sekitar abad ke-13 terletak di atas sebuah pulau kecil (atau mungkin lebih tepat sebuah batu besar) yang terletak hanya beberapa meter dari pantai. Inilah satu struktur yang popular di sini dan ianya boleh dilihat apabila ramai pengunjung yang cuba menghampirinya.



Masa yang cukup sesuai untuk melawat Tanah Lot ini adalah pada sebelah petang, iaitu sejurus sebelum matahari terbenam kerana dikatakan pemandangan matahari terbenam di sini adalah amat cantik. Tapi sayangnya, ketika saya di sini saya tidak berpeluang menyaksikan semua ini memandangkan keadaan yang berawan. Ini ditambah pula dengan cuaca yang terang sangat sehinggakan nak ambil gambar dengan background laut atau pura menjadi sukar kerana backlighting.

Apapun, puas hati jugalah dapat tengok tempat ni setelah sekian lama hanya dok tengok kat gambar saja…:-D

NEXT : Kuta


© Pidgin Technologies Ltd. 2016