. Photo blogging made easy - fotopages.com" /> <img src="http://img186.imageshack.us/img186/9229/boyaavq0.jpg"> - Fotopages.com



Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]



Mail this Foto to a friend



< Previous
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Monday, 14-Jan-2008 12:00
Bali Hai - My Travel Journal V1.0

Balik Balik Isi Borang
Baik Punya Cuti
Finally, dah kembali semula ke Malaysia dan dapat jenguk semula FP ni setelah beberapa hari ditinggalkan. Cuma frust juga kali pertama nak menggunakan FP semula, gambar thumbnail pula susah nak upload. Asyik tak keluar aje. Ikutkan hati memang dah boring nak asyik load aje. Tapi memandangkan tahap kesabaran masih lagi bagus, teruskanlah aje. Mungkin sampai tahap kesabaran semakin hilang kot.

Mungkin dari entry yang lepas ramai yang sudah dapat meneka ke mana tokey kedai FP ni menghilang untuk beberapa hari. Saja bercuti memandangkan masa cuti sekolah tempohari tak berkesempatan sangat nak bercuti. Lagipun inilah masa yang kurang sikit sibuk kerana akhir tahun merupakan 'peak season' untuk Bali. Biasalah, time Christmas dan New Year ramai mat salleh yang ke Bali. Seronok sikit bercuti bila tak ramai orang. Tak kelam kabut sangat.

Masa sekolah baru start ni bolehlah lagi bebudak berdua ni 'cuti' kejab. Lagipun cuti dua hari je memandangkan Khamis adalah cuti umum.


Bosan Menunggu
Toibang Dengan Kapai Toibang
Depa kata 'kini semua orang boleh terbang.' Entahlah. Tak nampak lagi ada sayap yang muncul yang membolehkan saya terbang LOL. Bab naik terbang ni ada yang suka dan ada juga tak suka. Macam saya, bab naik kapal terbang ni memang menyeronokkan sebab dari kecil lagi memang suka sangat apa apa yang berkaitan dengan kapal terbang ni. Cuma yang membosankan adalah terpaksa duduk dalam tempat yang tertutup dan sempit untuk berjam jam lamanya. Sampai boleh kematu bontot la.

Satu lagi yang membosankan pasal naik kapal terbang adalah masa yang dihabiskan menunggu. Sampai keseluruhan bangunan airport disurvey sebab dah tak tahu nak buat apa. Kalau ada pita pengukur, rasanya dah boleh diukur keseluruhan bangunan lapangan terbang ni. Sebenarnya bab travelling ni tak memenatkan. Yang memenatkan adalah penantian yang adakalanya dirasakan seolah olah tidak ada penghujungnya...:-D


Somewhere Over Indonesia
Toibang Lagi
Sebenarnya inilah kali pertama fly dengan Air Asia kerana selama ini selalunya dengan MAS. Setelah banyak mendengar mengenainya dari orang lain yang pernah naik, barulah kali ini dapat merasa. Murah tu memanglah murah kalau nak dibandingkan dengan MAS. Tapi yang tak syoknya kena pula nak berebut sitting. Teringat pula zaman kanak kanak dulu bilamana kena rebut sitting bila naik keretapi. Almaklumlah, zaman tersebut tak ada keretapi ekspres lagi.:-D

Memandangkan yang ini adalah low cost carrier, maka terpaksalah dia orang memaksimakan capacity dengan memperbanyakkan tempat duduk. Bila tempat duduk diperbanyakkan maka leg room antara tempat duduk pun menjadi semakin sempit. Rasanya kalau long distance mahu tension juga. Satu lagi tak boleh nak kacau stewardess dengan macam macam request macam kat flight MAS. Maklumlah, bukannya bayar untuk service yang macam tu pun. Maka terpaksalah dikorbankan permintaan berulangkali untuk air...:-D

Secara keseluruhannya, kira okaylah first impression dan first experience dengan Air Asia ni. Tak kisahlah contribute sikit untuk profit dia orang sebab nanti dia orang akan sponsor Man United juga...:-D


A320...Now Everyone Can Fly
Bali Hai
Overall, kira good choice jugalah Bali ni, walaupun saya kena admit bab makanan ni payah sikit. Dahlah susah nak cari tempat makan yang sesuai, bila dah jumpa susah pula nak telan makanan dia orang. Last last McDonald's juga yang lagi senang...:-D

Keseluruhan memang menyeronokkan sebab biasanya cuma tengok samada di majalah atau Discovery Channel ataupun National Geographic Channel saja Bali ni. Bila sudah berada di depan mata, rasa teruja juga. Kalau nak dikatakan ini satu percutian untuk berehat, rasanya tidak juga sebab memang banyak berjalan dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Yang pasti, ini satu percutian yang menarik dan menyeronokkan. (Biasalah, kalau dah hantu kamera, tempat yang ada banyak peluang ambil gambar memang akan menyeronokkan...:-D)

Banyak lagi entry yang akan menyusul selepas ini. So sit back and relax...:-D


© Pidgin Technologies Ltd. 2016